❀◕ ‿ ◕❀ PENGHARGAAN.... ❀◕ ‿ ◕❀







"Memberi ucapan terima kasih, kata kata pujian dan rangsangan dengan ikhlas juga merupakan salah satu cara untuk memberi penghargaan."




9 Cara Memberi Penghargaan kepada Ibu Bapa



~ Hormatilah mereka.

~ Selalulah menelefon @ SMS apabila berjauhan.

~ Jangan lupa kirimkan wang, walaupun sedikit.
(if kOrang dah keje lah...^^)

~ Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan apa apa masalah.

~ Pulang apabila mereka sakit @ ziarahilah mereka samada di hospital ataupun di mana saja.

~ Setiap kali bertemu @ setiap kali selesai solat jemaah bersama, 
cium tangan ibu bapa, peluk & cium kedua dua pipi serta dahi nya.

~ Apabila anda sudah berkeluarga, selalulah pulang ke 
kampung kerana kebiasaannya ibu bapa kita pasti rindukan cucu cucu mereka.

~ Gembirakanlah hati mereka.

Yang UTAMA!!!! 

~ Doakanlah kebahagiaan & kesejahteraan mereka.




#Mari bersama kita menyingkap makna di sebalik Kalam Ilahi mengenai tuntutan menghormati & mengasihi ibu bapa.....>>>





"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi ornag orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
[ Surah Ibrahim : 41 ]


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." 
[ An- Nisa' 4 : 36 ]


Katakanlah : "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa." 
[ Al - An'aam 6 : 151 ] 


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada- Nya semata mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa."
[ Al - Isra' 17 : 23 ] 



Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda : 



"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
[At- Tirmizi]


"Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya : "Saya telah bertanya kepada Nabi SAW: " Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? " Baginda menjawab : " Solat pada waktunya. " Beliau bertanya lagi : " Kemudian amalan manakah pula?" Baginda menjawab : "Kemudian, berbakti kepada ibubapa. " Beliau bertanya lagi : "Kemudian amalan manakah pula? " baginda menjaawab: " Berjihad di jalan Allah." Beliau berkata lagi : " Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya." 
[ Hadis Riwayat Bukhari ]

Dari Malik bin Rabi'ah as Sa'idi r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya : "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tua setelah keduanya meninggal dunia?" Baginda SAW menjawab: "Ya, masih ada. Iaiti mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mengeratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya."
Riwayat Abu Daud ]





**Tidak lengkap Iman Kita Tanpa Menyayangi, Mengasihi & Menghormati Kedua Ibu Bapa Kita....^^











7 Cara Memberi Penghargaan kepada Anak



~ Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak.

~ Rangsang anak anak untuk berbuat baik.

~ Berikan hadiah atas kejayaan anak anak walaupun hanya kejayaan yang kecil.

~ Selalu berikan pelukan & ciuman.

~ Sekali sekala berikan pujian kepada anak di hadapan orang lain.
(jangan kerap sangat, nanti anak terdidik dengan sifat 'ujub pula... wana'uzubillah...~)

~ Hadirkan diri dalam acara, pertandingan, atau peraduan yang disertai oleh anak anda.
(like my parents, they came to my final debate 2009 at Kulliah ...and ternyata, dgn kehadiran mereka Miss sangat2 bersemangat dan berjaya dinobat sebagai "Pendebat Terbaik" sekali gus menjuarai pertandingan debat tersebut !! weeee^^ Alhamdulillah.....~ )

~ Jangan teragak agak menegur anak yang melakukan kesilapan. Ini bukan untuk kebaikan 
kita sahaja tetapi juga demi kebaikan diri mereka sendiri.









13 Cara Memberi Penghargaan kepada Isteri



~ Ingati tarikh tarikh penting seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan.

Ingati tarikh kelahiran anak anak.

Bantu isteri melakukan kerja kerja rumah seperti memasak, 
membasuh, dan menjaga anak.

Ucapkan kata kata cinta sebelum tidur.

Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri.

Membina hubungan yang baik dengan keluarga isteri.

Ucapkan terima kasih apabila bersama.






Selalu memberikan kejutan kejutan yang menggembirakan.

Selalu berpenampilan segak kerana jika suami kacak, orang akan memuji isteri. 
( bukan lah dahagakan pujian orang tapi, demi menghargai penjagaan & perhatian isteri^^ )

Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap.

Panggil isteri dengan panggilan yang manja.

Puji isteri dihadapan anak anak dan keluarga. 

Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan zuriat anda. 









15 Cara Memberi Penghargaan kepada Suami



Selalu memberikan senyuman.

Berhias dihadapan suami.

Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada suami.

Masak masakan kegemaran suami.

Minta pandangan suami jika ada masalah, atau sebarang kemusykilan sebagai contoh dalam membuat sebarang keputusan. 

Menjaga maruah suami.

Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain.

Berikan hadiah hari lahir nya.

Pandai mengambil hati suami.

Selalu memberikan sokongan apabila suami mengahadapi masalah.

Membina hubungan yang baik dengan keluarga suami.

Minta izin suami sebelum membuat sesuatu perkara.

Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

Mencium tangan suami setiap kali bertemu dan berpisah atau selepas solat berjemaah. 
( Subhanallah....ni baru betul comey & sweet!! ^^ )











" Kita punya perasaan, Dia juga punya perasaan. Kita punya hati, Dia juga punya hati. Kita punya tanggungjawab, Dia juga punya tanggungjawab. Jadi, persoalannya apa?? Saling MENGHARGAI. 

Saling menghargai harus bermula dengan menghargai diri sendiri. Sama sekali tidak akan rugi jika menghargai diri sendiri juga......~"





Sekian sahaja perkongsian kali ini....


IlalliQa'... Biiznillah, InsyAllah....~ 


Wassalam....^^





**Peace, with IMAAANN....~** (^^,)v 

:: Yang Indah......~ ::



(^^,)v





Kaifa haalukum jamiii'aaa...??
How are you guys out there??
Miss harap2 sume2 sentiasa dalam lindungan & Rahmat Allah taala selalu....^^


1st of all... Miss mintak maaf sesangat sbb tak dapat nak share entry baru everyday.... BerOkBanD Miss masih "kOma"...hahahaha... **sape suh tak bayOr kan?! haaa...padan muke ...!!** (>__<')



Okay lah...malas nak layan feeling of frustrated sgt...!! kang lari tOpik lak...~ hiii^^
Miss pOn kalu boleh tak nak bebel pepanjang sgt..sebab Miss bOrrow kejap jew lappy & berOkbanD my besh fwen neyh...~ Leb u lah dear Aida yang cOmel....^^ 
**nak kenal, klik lah nama dye & add!! hahaha...pOmot besh fwen sat...~ =D


Back to our tOpic for today....>>> 
"Yang Indah....~"



Ape itu yg indah??? Yang indah itu adalah>>>> 
AKHLAK.....!!!



Akhlak lambang peribadi seorang hamba...~ 


Bila sebut tentang "AKHLAK"... mesti org akan set in their mind perihal org yg bebaik, alim ulama' & golongan soleh solehah.... betul tak??



Walhal....... semua orang seharusnya memiliki Akhlak yg baik & sifat2 Mahmudah. 
Lebih2 lagi as a Muslim wOmen... we MUST behave ourselves!! 


Lastly, remember this QuOte>>>>

"Walaupun kau tiada paras rupa yang cantik, tapi akhlakmu yang lebih utama kerna yang INDAH itu AKHLAK~"



Nah... dengar lagu neyh... dendangan kumpulan nasyeed peberet Miss... Hijjaz...^^




**dengar....jgn tak dengar....!! ^^





Baiklah.... sampai sini saje entry kali ni.... Miss nak ready berbuka pulak....!! 
Buat kengkOrang yg puasa jugak... Salam Iftar ye ~ =)



SemOga ketemu lagik ye sume.....!! 


IlalliQa'....~ InsyAllah.....~



Sekian, terima kasih.....~ Wassalam.....~






**peace, with IMAANNN......~** (^^,)v



:: LoVe QuOteS fOr tOday ::






Hallu2 sume orang.....~ ^^
Sehatkah kalian ?? Miss harap sume org okay2... baik2...hendaknya... InsyAllah...~ 


Actually, post kali neyh.. sepatutnye bertarikhkan 5 September 2012.... Tapi, disebabkan Miss agak blurr hari tersebut... Kecelaruan idea melanda.. tak jadi2 nak pOst...huk3... (?__?)
**idea byk...tapi tak taw yg mane nak di bebel kan...hee^^



So, cOntent utk entry ni.... pendek jew...~
Sebab Miss nak share dgn you all Love Quotes neyh...>>>



"Kadangkala cinta itu setenang air di tasik, namun terkandung di dalamnya seribu misteri ibarat belantara raya tetapi semuanya dicipta oleh Pencipta yang satu."



Indah kan makna Quotes ni.... pada yg memahami nya... mesti dapat mentafsir... =)
Cinta >> sangat subjektif... !! 

Miss percaya... setiap orang ade interpretation tersendiri tentang apa itu cinta.....kan?!
Bagi Miss sendiri.... setiap rasa yang hadir dalam hati & jiwa kita ni... semua nya dengan izin Allah taala.... =)


 Tak perlu kita mintak pun perasaan tu akan hadir.... tapi, jgn lah sampai tersilap langkah pulak ye...!? 


jOm sesama hayati bait-bait neyh pulak...>>>



"Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta

yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula

kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati

hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara

serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.....~"




Miss suka sangat hayati bait2 neyh...^^
 Mesti ade yg boley detect kan lagu ape nih...~~
Lagu "Kerana Cinta" by In-Team feat Mestica  


Lagu neyh pon kalau korang perasan ade dlm My Playlist... kalau nk dgr carik lah kat bawah nih ye... hiii^^


Okay lah....dah terpanjang jugak Miss membebel neyh.... tadi kekonon nya janji tak bebel pepanjang sgt... tapi, alek2... pnjg jugak jadik nye....~ 
Ampun yee..... (T__T)


Sampai sini jew lah dulu yew... Million of thanks to all readers & visitors yg sudi luang kan masa anda sume membaca bebelan Miss neyh....!! =D



 Semoga ketemu lagi di lain entry yew... InsyAllah....~ 

IlalliQa' semua....~

Sekian, terima kasih... Wassalam....~ 






**peace, with IMAANNN....~** (^^,)v





~ Dia Jantung Hatiku....~



 Assalamualaikum w.b.t jamii'aa...~ =)



 Kaifa haalukum..?? hOpe so, sume orang sehat2 lah hendaknya ye...?! 
InsyAllah....~ Biiznillah....^^


"Dia Jantung Hatiku...~"
Wuwuwuwu....~ Syahdu nye lah tajuk kali ni.....^^
Miss yakin..kOmpom u all sume tahu kan perihal tajuk neyh kan..?! 


Actually, tajuk entry ni... Miss adapted dr Sinetron kat tv3 tuh.... 
Miss pun bukan lah penOnton tegar cter2 Indon neyh..... And, cter kali ni pon Miss tertengOk td.. Sbb adek Miss (Ain) asal balik sekolah je...tv3, cter nih lah yg diterpa nye dulu sesambil makan2 nasik.... Haa... Si Ain nih ye..mmg penonton tegar cter2 Indon...huuu^^




EpisOd utk hari ni mmg menyentuh Qalbu Miss...~
Miss nih kepala otak nye mmg advance sikit bab2 membayangkan keadaan...hiii^^


So, menurut episod kali ni.. Miss tertarik dgn watak Meida & Panji...
Meida ni, tunang kepada Panji yg merupakan seorang doktor pakar pembedahan jantung. 
Si Panji neyh di amanahkan utk menjalankan pemindahan jantung Aida ( watak utama cter nih). 



**neyh la pelakon nye.. utk watak Meida & Panji^^


Nak dijadikan cerita nya... Meida, accident & meninggal dunia..!! Dan2 je lepas bercakap telepon dgn tunang nye... Meida nih pulak join derma organ. And, she's wearing a bracelet sbg tanda kalau dia ditemui mati dimana2, pihak hospital dpt detect la yg dia ni ade lah registered organs donor. Kata si Meida kpd tunangnya, after her death she can donates any of her organs to anyone who's need it. 


Memang kebetulan sgt lah dgn situasi si Aida yg sbnrnye mmg dah ade jantung utk di implan kan. Tapi nya, dah rosak akibat kemalangan yg berlaku. (kemalangan di tempat & waktu yg sama dgn Meida). Right after that, doktor yg mengesahkan kematian si Meida ni terperasan kan gelang yg Meida tuh pakai. 
And, doktor tuh pun terus khabarkan kpd Panji hal tersebut.


 You all boleh bayangkan tak ce mane keadaan si Panji tuh bila dapat taw yg  tunang nya mati & jantung arwah tunang nye tuh yang akan dia bedah dan implan kan utk pesakit nya....!!
Miss tgk wajah si Panji td..... bagaikan terasa keperitan yg terpaksa di tanggungnya....~ Impian & cita2 mereka utk berkahwin dan punyai keluarga yg sakinah musnah....~ Sedeyhhh....!! huk3... (?__?)


Benarlah... Sesungguhnya kita hanya mampu merancang... tapi rancangan Allah taala tu lah sebaik2 perancangan. and nobody can deny it...!! NOBODY...!!
Kalau dah ditangan Allah mati kita sewaktu umur 21 tahun,  takkan cepat sesaat & takkan lambat sesaat pun...!! Kerana, kita tak punya kuasa utk menangkis nya....~ Itu Janji-Nya...~
#Remember that...!


 Ya Allahu Rabbi....... kalau Miss lah...mmg tak tahu ce mane nak menghadapi kehilangan insan tersayang & tercinta sekelip mata! Allahu Akbar.... mOhon diberi sepenuh kekuatan la andai suatu masa nanti, Allah pilih diri ini utk diuji dgn ujian yg sebegini.....~ (-__-')


 Ape2 pun... mohon dijauhkan dari segala yg tak diingini... walaupun, sememangnya malang itu tidak berbau...~ huhuhu... (Y__Y')
  

Okay lah, nak cter lebih2 kang...tak tahu lak ape kes nye plak utk episod seterusnya... tunggu dan lihat jew lah ea....~ Kalau nak tahu, tonton lah cter neyh setiap Isnin - Khamis, jam 2 - 3petang di tv3.... **waahh...jadi pengiklan lak...heee^^**



Ok, that's all for this time..... semoga ketemu lagi ya...! InsyAllah....~ 
IlalliQa'...~ 



Sekian, terima kasih... Wassalam...~ 






 **peace, with IMAANNN.....~** (^^,)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...