#
| Domain name | Size | Load Time | Average Speed per KB |
1 | misslightofhappiness0210.blogspot.com/ | 130.04 KB | 2.33 seconds | 0.02 seconds |
TIMBANG & BUANG !!
ADA APA DENGAN CREPES??????
** Neyh... durian crepes... !! ^^ |
**melting tak u'olls tgOk?? upss.. sOry, dah kene bedal, baru nak snap..!!
plus, ini pic dah berkurun lamanya....~ heeeee^^
My mOm memang expert bab bab baking neyh ... desserts ke... cakes ke... ape ape jenis kuih ke... mmg prO lah..!!
Maklum laahh... ~
She is a SUPER MAMA...!!
(^_~')
Okay, dah start belayar ke awan...!!
Maafkan saya...~
(-_-')
Then, straight to the mOtip ~
Berbalik kepada persoalan kita di awal tadi...
Ada apa dengan crepes neyh??
Miss keep wondering... kenapakah ianya sangat femes sekarang ni..??
Besh ke...?? sedap ke...?? mabeles ke...???
**crepes berinti chOc !! |
**crepes berintikan MANGGA !! ^^ |
** crepe jagOng !! nyumm nyum ~ =D |
Okay... papai sume oranG...!!
weeeeee^^
SEGENGGAM TABAH KU PERTAHANKAN !!
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya...~
**Peace, with IMAANN....~** (^^,)v
TUMBLR lah pulak..~ (PRAY 4 GAZA TOO!!)
haa... yang kat bawah neyh... watermark yang Miss buatkan utk
kawan baik Miss yg requested tadi...!
Cun & jelita tak.. ?! weeee^^
**memancing undi...~ (-_-')
**Ayat ayat tuh yang mahal nyeh....~ :D |
sO.... kepada u'all sume sume... kat luar sana tuh.....
kalau rasa ter- bekenan dengan hasil karya Miss neyh... and nak mintak Miss create kan utk korang... sila sila lah PM kan request anda tuh ye....
Satu Watermark, RM2 jeeekk..!!
**waahh...ber bisness lak ...~ heee^^
okay lah... cukup laH setakat neyh dulu yee...
nanti Miss membebel lagik...!
Haa...before that.. Dont fOrget...!!!
"PRAY FOR GAZA...
OUR DU'A, OUR FAITH ARE MUCH STRONGER THAN THEIR BOMBS !! "
Takbiiirr.....!! ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR...!!
**Sanggupkah kita dengan hanya sekadar melihat????
Sekian dahulu...
IlalliQa' semua...~
Wassalam....
**Peace, with IMAAANN....~ (^^,)v |
SALAM TAHUN BARU HIJRIYYAH SEMUA MUSLIMIN..!! ^^
Maal Hijrah atau Awal
Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi taQwin Islam. Ianya bermula
sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke
Madinah dalam tahun 622 Masihi.
Pengertian "Hijrah" itu sendiri bukanlah hanya tertakluk pada perpindahan dari satu tempat
ke tempat yang lain semata mata....
Tetapi, hijrah juga bererti satu PENGORBANAN.... meninggalkan yang BATIL... demi menuju
ke arah yang HAQ.. yakni, KEBENARAN...
Di samping itu, ianya juga merujuk kepada peralihan atau perubahan daripada sesuatu yang buruk atau kurang baik kepada yang lebih baik atau lebih sempurna...
InsyAllah....
Lagu Tema Maal Hijrah
Lirik Lagu Maal
Hijrah 1 MuharramSatu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman .......~
LELAKI YANG TAK LAYAK DIBUAT MENANTU
"Sesungguhnya, Solat itu tiang agama.... ~"
"Untuk membentuk yang terbaik... haruslah bermula dari diri yang baik..."
Ini adalah perkara yang teranat penting & WAJIB dititik beratkan oleh mereka SEBELUM memulakan frasa hidup baru...
Bak kata Ustaz Azhar Idrus >>>
"Lelaki yang tidak solat, tidak layak dibuat menantu..."
Miss setuju dengan kenyataan dari Ustaz ni... sangat benar & tepat..!
"Lebih baik berbangga dengan keredhaan ukhrawi dari berbangga dengan kekayaan & kemegahan duniawi"
Setakat bermegah dengan pangkat & kedudukan yang hanya ada di dunia .. buat apa kan??
Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan sejak dari mula...
yakni sejak dari awal kedewasaan anak anak...
Islam sendiri mengajar supaya mulakan mendidik anak anak menunaikan solat fardhu
seawal umur 7tahun...
Ibu bapa dari keluarga perempuan juga harus menitikberatkan perkara ni...
Dengan siapa si anak bakal disatukan...
Ketepikan urusan duniawi sebentar... dan lihatlah kepentingan ukhrawi yang terbentang...
Utamakan pandangan Allah taala dari pandangan manusia yang hanya pandai menilai dari mata kasar...
"Lebih baik kita buat apa yang Allah suka daripada buat apa yang Allah murka..."
Disini Miss juga nak selitkan beberapa firman Allah taala tentang kewajipan menunaikan SOLAT...
Bukan hanya untuk perhatian kaum Adam sahaja... bahkan SELURUH umat Islam...!
:)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
[ Al-BaQarah : 43 ]
|
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[ Al- BaQarah : 45 ]
|
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan
[ Al-BaQarah : 110 ]
|
FADHILAT AL- KAHFI DI SAYYIDUL AYYAM
Salam Mahabbah wa Rahmah buat semua... !!
Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam...~
(^_^')
Okay, hari ni Miss nak share dengan you all....>>
"Fadhilat (kelebihan) Suratul Kahfi"
Sesungguhnya.....
Sesungguhnya.....
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari..... :)
Apa tunggu lagi teman teman.... ??
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah taala. Ia adalah dari yang lebih besar daripada Hari Raya AidilFitri.''
Pada hari itu telah terjadi 5 perkara iaitu :
1. Penciptaan Nabi Adam a.s.
2. Pada hari tersebut juga Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari Syurga.
3. Juga merupakan hari kewafatan Nabi Adam a.s.
4. Dan pada hari itu juga terdapat satu masa dimana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun Malaikat Muqarrabun pun disisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat."
[ Hadith Riwayat Ibnu Majah & Al- BaihaQi ]
Menurut Imam Sayuti pula :
1. Semua roh roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul.
2. Mayat mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya, maka ia akan selamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk Syurga kan menziarahi Allah taala.
Subhanallah.... AllahuAkbar....
begitu bermakna sekali Sayyidul Ayyam ini..... :)
Begitu juga dengan kelebihan yang ingin Miss kongsikan hari ini...
Iaitu, di hari Jumaat ini jugalah... kita disarankan untuk membaca Surah Al- Kahfi...
Antara kelebihan membaca Surah AlKahfi pada hari Jumaat ialah...
Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah Al- Masihid Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
Berikut Miss sertakan beberapa hadith mengenai kebaikan & fadhilat bagi
Surah Al- Kahfi :
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW , baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al-Kahfi maka, terhindar daripada Ad-Dajjal."
[ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, An Nasai', At Tirmizi daripada Qatadah ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dari surah Al- Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit & bumi."
[ Hadith Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al- Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari Kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadith Riwayat Ibnu Katsir ]
Rugi.... terlalu rugi jika dilepaskan begitu sahaja kesemua fadhilat ini....
Apa tunggu lagi teman teman.... ??
Ayuh, semua... !!
(^_~)
Haza faQat minni... Wallahu taala 'alam...~
Haza faQat minni... Wallahu taala 'alam...~
IlalliQa'... !!
May Mardhatillah always with us.. InsyAllah.... !!
Wassalam..~
**Peace, with IMAANN...~** (^^,)v
Subscribe to:
Posts (Atom)