DIBAWAH LANGIT - MU









Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... ! 



Salam Sayyidul Ayyam ... ~


(^__^')


Untuk entry kali ni , Insya Allah ... 

Miss nak share dengan semua , lagu hits dari salah seorang Munsyid yang Miss amat 
minati tulisan lagu lagu beliau ... 


Tak pernah tertinggal mesej mesej dakwah beliau dalam setiap lagu nya ... 


Ayuh , sama sama kita hayati bait bait dari lagu ini .... 


:)





|| DIBAWAH LANGIT - MU ||


Dibawah langit-Mu bersujud memuji memuja Asma-Mu
Dan bertasbih semua makhluk-Mu 
Tunduk mengharap cinta dan kasih-Mu

Cahaya Illahi hangatnya dihati
Di langkah sejuta wajah terbata penuh salah
Jalani sang hidup terluka, terhempas, berdosa

Subhanallah ... Subhanallah ... 7x

Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia

Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia

Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi

Semua wajah kan di uji
Pada Allah kita kan kembali ... 





Munsyid : Opick 

Sumber Lirik : LirikNasyid.com



Sesungguhnya , 
setiap perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup kita adalah sebuah
rencana yang dikarang oleh Sang Pencipta ... 

Penuh dengan warna warna yang menghiasi ... 

Saat tawa & gembira , disitulah warna ceria ...
Saat bersedih & terluka , disitulah letaknya warna duka ...


Hadapilah , dan nikmatilah ia dengan penuh kecintaan & pengharapan 
yang hanya disandarkan kepada - NYA ... 



" Nikmat itu kadang kadang tidak disedari . 
Hanya apabila ia telah hilang , baharulah manusia itu menyedarinya ... "



Haza faQat minni ... 

Wallahu'alam ... 


Alfun syukran ... and million of thanks for those who're willing to spend their time ,

and reading my writings for this time ... :)


IlalliQa ' .... 

Biiznillah , Insya Allah ...


Wassalam ... 




~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~ 





** Peace , with IMAANN ... ~ ** 

(^^,)v



!! AYUH , PELIHARA HATI & LIDAH !!







Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... !

(◕‿◕✿)


Insya Allah , kali ni Miss nak share dgn korang semua , 
satu dOa yang sangat sangat di alu alukan utk kita 
beramal dengannya ... 


Biiznillah ... ~ :)






DOA MEMOHON HATI YANG BERSIH



،اللهم إني أعوذبك من العجز والكسل، والجبن والبخل، والهرم وعذاب القبر 
. اللهم آت نفسي تقواها 
وزكها أنت خير من زكها، أنت وليها ومولاها 
اللهم إني أعوذبك من علم لا ينفع، ومن قلب لايخشع
.ومن نفس لا تشبع، ومن دعوة لا يستجاب لها 


" Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi wal kasal , wal junbi wal bukhli , 
wal harami , wa 'azaabil qabri . 
Allahumma aati nafsi taqwaaha , wa zakkiha anta khairum man zakkaaha , 
anta waliyyuha wa maulaaha .
Allahumma inni a'uzubika min 'ilmin laa yanfa' , wa qalbi laa yakhsya' , 
wa min nafsin laa tashba' , 
wa min da'watin yustajaabu laha "


Ertinya : " ya Allah , sesungguhnya kami memohon perlindungan - Mu daripada kelemahan,
kemalasan , sifat pengecut , kedekut , nyanyuk dan azab kubur .
ya Allah , berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia , kerana Engkaulah sebaik 
baik Tuhan yang menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya . ya Allah , aku memohon 
perlindungan - Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat , hati yang tidak khusyuk ,
nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dimakbulkan . "



|| HATI YANG BERSIH ||


Hati , iaitu segumpal darah , tanpa sebarang tulang , saraf , mahupun sendi sebagai sokongan .
Namun , bisa menguasai seluruh jasad , lebih lagi akal seseorang .

Hati juga merupakan 'raja' dalam diri . Sangat memberi 'inspirasi' & rangsangan kepada 
setiap tindakan & perlakuan kita .


Menurut Tafsir al Quran al 'Azim , ketika mentafsirkan surah Luqman , 
Imam Ibn Kathir
ada membicarakan tentang satu kisah Luqman .


Kisahnya , Luqman membawa hati & lidah kambing yang disembelih kepada tuannya , 
dari bahagian yang paling baik . 


Kemudian , sekali lagi beliau diminta untuk menyembelih & memilih bahagian anggota yang 
paling buruk . Lalu , Luqman masih tetap memilih bahagian hati & lidah seperti mana 
yang dibawa oleh beliau sebelumnya . 


Tuannya yang kehairanan bertanya , mengapakah anggota yang sama juga dibawa ... ??


Luqman pun menjawab , 

" Hati merupakan raja yang bertindak menentukan kedudukan seseorang . 
Jika baik hatinya , maka baiklah lidahnya dan bahagialah seseorang itu . 
Namun sebaliknya , jika hati bermasalah , maka lidah akan bertindak membalikkan 
imej yang buruk tentang diri . "

Jelaslah disini , bahawa akhlak yang terpuji , lahirnya dari hati yang bersih . 
Buruk akhlak nya , maka buruk jualah hatinya . 


Indah lisannya , kerana indah hatinya . 
Buruk kalamnya , jua kerana jelik hatinya . 


Imam Ibn al - Qayyim al - Jauziyah menjelaskan bahawa , 
Ibn Abbas berkata ,
hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara perkara atau amalan amalan yang soleh .


Perara kebaikan yang kita lakukan akan menyebabkan muka bercahaya , 
hati pula dikurniakan ' nur ' , kesihatan tubuh badan , rezeki yang luas dan menyebabkan
dikasihi orang lain . 


Sebaliknya kerja kerja atau amalan amalan yang buruk atau jahat yang 
dilakukan , pasti akan mengakibatkan muka hilang serinya , hati pula diselubungi noda , 
badan menjadi lemah , rezeki menjadi sempit dan dibenci oleh sesama manusia . 

Justeru itu , marilah sama sama kita untuk mengambil langkah langkah proaktif 
untuk membaiki hati , dengan memperbanyakkan amalan amalan soleh termasuk 
istighfar , solat sunat Taubat dan membaca , yakni mengamalkan doa ini . 


Insya Allah , hati yang bersih mampu untuk kita perolehi ... :)


" Setiap tindak tanduk perbuatan , bermula dari hati. Maka , peliharalah 
hati agar sentiasa bertindak hanya di landasan keimanan ... "




# MUHASABAH HATI , PERMANTAPKAN IMAN !! # 


# BERSAMA GIGIH, MENUJU MARDHATILLAH !! #




~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~ 





** Rujukan : 101 DOA daripada HADIS HADIS SAHIH
** Peace , with IMAANN ... ~ ** 

(✿◠‿◠) 






|| SYARAT MASUK SYURGA ||







Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... ~


Insya Allah , kali ni Miss nak share dengan semua , huraian & inti sari 
dari salah satu Hadith 40 , Imam Nawawi ...



Untuk perkongsian ini , Miss nak ketengahkan perihal ,


|| SYARAT MASUK SYURGA ||



Apakah syarat syarat nya ??


Ayuh , kita sama sama hayati & fahami Hadith ini ....


Diriwayatkan oleh Abi Abdullah Jabir bin Abdullah al - Ansari r.a., bahawa 
seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW , katanya (maknanya) :


" Bagaimana pendapatmu jika saya melakukan solat fardhu , berpuasa pada bulan Ramadhan ,
menghalalkan yang halal , dan mengharamkan yang haram , serta tidak menambah selain itu sedikit pun ,
adakah saya masuk syurga ? " Nabi SAW menjawab : " Ya ! "

[ Riwayat Ahmad & Muslim , no . 15 ]


Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW tersebut ialah , 
Nukman bin Qauqal .


Apa yang dimaksudkan dengan ,
" mengharamkan yang haram" & " menghalalkan yang halal " ???


>>> " Mengharamkan yang haram " , bererti , " meninggalkan " atau " menjauhikan " 
diri daripada perkara perkara yang nyata tentang keharamannya .


>>> " Menghalalkan yang halal " pula bererti , "melaksanakan" sesuatu amalan dengan 
penuh keyakinan akan kehalalannya . 


Begitu pula dengan pernyataan dari pengarang kitab al - Mufhim , bahawasanya 
Nabi SAW secara umum , tidak mengatakan dalam hadith ini sesuatu yang bersifat 
tathawwu' , yakni Sunnah . 



Hal ini menunjukkan bahawa secara UMUM nya , boleh meninggalkan yang 
Sunnah . 


Oleh itu , kita sebagai umat Islam hendaklah bersungguh sungguh mengamalkan ajaran asas 
agama Islam seperti solat , berpuasa , menunaikan zakat dan menunaikan ibadah haji .


Namun begitu , melakukan atau beramal dengan amalan Sunnah akan menambah 
kesempurnaan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah . 



 TIGA KATEGORI ORANG YANG MENINGGALKAN AMALAN SUNNAH 


1. Orang yang meninggalkan Sunnah , dan tidak mahu melakukannya sedikit pun .
Maka dia tidak memperoleh keuntungan yang besar dan paha yang banyak .


2. Orang yang terus menerus meninggalakn hal hal yang Sunnah . Maka dia telah berkurang
agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhannya dalam beragama .


3. Orang yang meninggalkan Sunnah , kerana sikap meremehkannya .
Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela . 



Wallahu'alam .... ~






Aiwah , haza faQat minni ....


Till then , ilalliQa ' ....


Wassalam .... ~




# BERSAMA MEMBURU MARDHATILLAH !! #





~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~





# Sumber Rujukan : HADIS 40 IMAM NAWAWI 
# Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria 






** Peace, with IMAANN ... ~ ** 

(✿◠‿◠)


|| NAK NIKAH TAK ???? ||








Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... !! 

(^___^')









# Perbualan antara dua orang hamba Allah taala ....



A : Nak nikah x ?

B : Insya Allah nak lah, Kan sunnah Rasulullah .

A : Dah ada calon ?

B : Alhamdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?

B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?

B : Insya Allah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?

B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, 
Percaya je dgn ALLAH... :)

A : Laa, bila nak nikahnya ?

B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik.

A : Jadi kat mana jumpanya ?

B : (Tenang) Masih di bumi ALLAH, 
kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH.

A : Jadi ?

B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk gapai redha-Nya, 
insyaAllah beres ~



(◕‿◕✿)



~ ! ✿ Iman Mutiara Hati ✿ ! ~







"Sometimes we put too much worry 
about the outcome of things. 

Until we don't stop and realize,  
Allah has already taken care of it...."




# KEEP WALKING, KEEP HUNTING FOR THE BEST IMAAN ... !! 




~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~








** Peace, with IMAANN ...~ ** 


(✿◠‿◠)





✿ BERHIASLAH DENGAN KEMULIAAN ISLAM ✿




Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... ~ 
(^__^')



 BERHIASLAH DENGAN KEMULIAAN ISLAM  





Menjadi seorang Muslimah , tidak perlu merasa rendah diri . Ini kerana dengan Islam, 
Allah SWT telah mencukupkan kita dengan kemuliaan . Dengan kekuasaan - Nya , Allah SWT telah 
menghadirkan berjuta pesona yang luar biasa pada diri kita sebagai Muslimah . 


Setiap kali kita solat , mengambil wudhu' dengan khusyuk dan penuh tumpuan akan 
membuat kita selalu bersih . Suci dari kotoran dan debu yang berterbangan . Semua itu membuahkan kebeningan wajah , kesolehan peribadi dan ketenangan fikiran sebagai milik abadi yang bakal menghiasi diri sebagai Muslimah sejati .


Penampilan terbaik kita tidaklah ditentukan oleh tebalnya bedak yang dipakai buat mengindahkan kulit wajah. Tidak pula ditentukan oleh gemerlap eyeshadow , rambut palsudan bahkan suntikan pipi . Tetapi penampilan terbaik adalah yang didasari oleh ketakwaan , serta berpaksikan keinsafan bahawa segalanya bisa hadir dan musnah atas kehendak Allah SWT .


Berhiaslah dengan pesona Islam yang luar biasa itu . Lantaran pesona Islam itu adalah sebaik baik pesona yang bakal menyerlahkan peribadi seorang Muslimah sejati . Pesona Islam itulah jua nanti yang akan mencungkil rahsia keindahan dan kecantikan seorang Muslimah . Lebih utama lagi , pesona Islam itulah kelak yang bakal membantu diri untuk meraih keredhaan Allah SWT , andai ia dititip dengan rasa keikhlasan hakiki .


Rasakanlah ketenangan yang tidak terbanding oleh agama mana pun di dunia ini . Tampilkan segenap aturan dan pesona Islam , penuhi setiap kewajipannya dan tundukkan nafsumu dengan aturan aturan Islam itu . Jangan dianggap sebagai beban , kerana ini bukanlah sebuah keterpaksaan . Sebaliknya , itu adalah sebuah pedoman buat kita sebagai Muslimah sejati yang mendambakan ketenangan hidup di dunia , jua kesejahteraan di akhirat kelak . 





"Be like a diamond precious and rare ,  
not like a stone found everywhere ... We are 
too expensive !!





 || TOGETHER , WE STRIVE & STRUGGLE FOR THE BEST IMAN !! ||






~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~












 **Peace, with IMAANN ...~** 

(◠‿◠✿)







✿ KUMBANG DAN BUNGA..........~ ✿






Salam Mahabbah wa Rahmah ... ~



|| Bismillahirrahmanirrahim ... ||



KUMBANG DAN BUNGA..........~




Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati, 
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati......






"WOMAN WAS MADE FROM THE RIB OF MAN...SHE WAS NOT CREATED FROM HIS HEAD TO TOP HIM...NOR FROM HIS FEET TO BE STEPPED UPON...SHE WAS MADE FROM HIS SIDE TO BE CLOSED TO HIM...FROM BENEATH HIS ARM TO BE PROTECED BY HIM...AND....NEAR HIS HEART TO BE LOVED BY HIM................"


~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~



**Peace , with IMAANN ... ~** 

 (✿◠‿◠)



|| ANDAI HIJRAH MU DIPERSENDA ||







Salam Mahabbah wa Rahmah ....


Salam Mujahadah ...





|| ANDAI HIJRAH MU DIPERSENDA ||


Apabila HIJRAHmu ada yang mempersenda.
Apabila HIJRAHmu ada yang mencebik & menghina.
Lalu engkau merasa sedih dan tidak berdaya.

Ingatlah Allah SWT berfirman dalam 
Surah At-Taubah ayat 20 
yang bermaksud : 

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah SWT.Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. "


Andai sebuah penghijrahan itu tidak di uji tiada manislah perjuangan menuju ke destinasi. Tidak akan kau rasa nikmat perjuangan membela & menjaga amanah hijrah yang di kurnia Allah SWT kepadamu. Jangan pernah letih untuk mengubah diri & ingatlah setiap sesuatu yang engkau lakukan baik/buruk tiada satu pun terkecuali dari pengetahuan Allah SWT. Maka,tatkala jalan terang sudah dihadapan, adakah kau rela terjerumus lagi ke lembah hitam sedangkan petunjuk dariNYA sudah terbentang.Jika engkau begitu,engkaulah penzalim itu. Ya Penzalim pada Tuhan & penzalim pada dirimu sendiri..

Ingatlah Allah SWT berfirman :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapt seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa:

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah.

"Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami."

(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, aku adalh hamba-Mu dan telah berjanji untuk mentaati-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hal yang telah ku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku yang telah ku lakukan. Oleh kerana itu, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa, selain Engkau. Amin Ya Rabbal Alamin.

# Ujian adalah peningkatan darjat atau satu tanda AMARAN.

-Kalam Bidadari Official-


|| MENUTUP AURAT ITU LEBIH INDAH || #





✿~ Biar manusia BERSANGKA BURUK..

✿~ Biar manusia MENGHINA..

✿~ Biar manusia MEMFITNAH..

✿~ Biar manusia MENCELA..

✿~ Biar manusia BERFIKIRAN NEGATIF..

✿~
Biar manusia MENGANGGAP SALAH..
Tetapi, selagi Allah ADA di sisi,
selagi Allah MEMELIHARA diriku, 
selagi Allah MELINGUNGI dan MENJAGA diriku..
selagi itulah tiada insan yang dapat 
MENYAKITI dan MENZALIMI diriku..
keyakinan kepada Allah menguatkan hati, 
seringkali manusia itu MENGECEWAKAN
tetapi Allah tidak pernah dan 
tidak akan mengecewakan hambaNya..


#Terima kasih ya Allah ... !!


"Setiap ujian yg datang , adalah demi kesihatan IMAN kita ... jgn sesekali mengeluh walau kepahitan terasa ... kerana , kemanisan Redha - NYA , tidakkan mampu diungkap & digambar oleh kata kata ..." 



# Stay strOng in fighting & striving for the best IMAAN ... !!




~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~






** Peace, with IMAANN ... ~ ** 

(✿◠‿◠)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...