LELAKI YANG TAK LAYAK DIBUAT MENANTU





Salam Mahabbah wa Rahmah semua....~ 


Selamat malam a.k.a pagi buta juge...^^


Sedikit perkOngsian untuk malam ni.....

(^_^)




"Sesungguhnya, Solat itu tiang agama.... ~" 


Jika diumpamakan sebuah bangunan yang tiang nya goyah...pasti akan runtuh jua akhirnya...


Begitu juga... mana mungkin sebuah bangunan bisa terbina.. andai tiada tiang sebagai asas binaannya...


Seperti juga manusia... jika tidak dipertahankan asas binaan dirinya, maka dengan mudahnya akan runtuh segala keutuhan diri... 





Bagi lelaki.... tidak pernah wujud istilah 
"BOLEH MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA..."
melainkan atas sebab kemudharatan... itupun Islam sudah menetapkan dengan "rukhsah rukhsah" tertentu..


Di zaman millenium yang serba moden dan canggih ini... 
Semakin terasa sukar untuk menjejak insan bernama LELAKI... 
yang benar benar menjaga "Tiang" agamanya....


Lelaki, pabila mula melangkah ke alam membina keluarga sendiri... sudah tentu dalam sekelip mata 
tergalas dibahu mereka satu tanggungjawab & amanah yang sangat besar...


Iaitu, sebagai ketua keluarga yakni IMAM, kepada isteri juga anak anak ..

"Untuk membentuk yang terbaik... haruslah bermula dari diri yang baik..."
 Ini adalah perkara yang teranat penting & WAJIB dititik beratkan oleh mereka SEBELUM memulakan frasa hidup baru...


Bak kata Ustaz Azhar Idrus >>>

"Lelaki yang tidak solat, tidak layak dibuat menantu..."


Miss setuju dengan kenyataan dari Ustaz ni... sangat benar & tepat..!

"Lebih baik berbangga dengan keredhaan ukhrawi dari berbangga dengan kekayaan & kemegahan duniawi"

Setakat bermegah dengan pangkat & kedudukan yang hanya ada di dunia .. buat apa kan??


Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan sejak dari mula...
yakni sejak dari awal kedewasaan anak anak... 


Islam sendiri mengajar supaya mulakan mendidik anak anak menunaikan solat fardhu
seawal umur 7tahun...


Ibu bapa dari keluarga perempuan juga harus menitikberatkan perkara ni...


Dengan siapa si anak bakal disatukan... 


Ketepikan urusan duniawi sebentar... dan lihatlah kepentingan ukhrawi yang terbentang...


Utamakan pandangan Allah taala dari pandangan manusia yang hanya pandai menilai dari mata kasar...


"Lebih baik kita buat apa yang Allah suka daripada buat apa yang Allah murka..." 






Disini Miss juga nak selitkan beberapa firman Allah taala tentang kewajipan menunaikan SOLAT... 

Bukan hanya untuk perhatian kaum Adam sahaja... bahkan SELURUH umat Islam...! 

:)




2:43
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
[ Al-BaQarah : 43 ]

2:45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
 [ Al- BaQarah : 45 ]
2:110
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan
[ Al-BaQarah : 110 ]
Dari Hadith pula... Rasulullah SAW pernah bersabda... >>>


Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Nabi SW didatangi oleh Jibril a.s dan berkata kepadanya, "Bangunlah dan tunaikan solat." Maka baginda menunaikan solat Zuhur ketika matahari tegelincir. Kemudian waktu Asar menjelang dan Jibril berkata, "Bangun dan lakukan solat." Maka baginda SAW menunaikan soalt Asar ketika panjang bayangan segala bende sama dengan bende itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, "Bangun dan tunaikan solat." Maka baginda SAW menunaikan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya' menjelang dan Jibril berkata, : "Bangun dan tunaikan solat." Maka baginda SAW menunaikan solat Isya' ketika sayafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Subuh menjelang dan Jibril berkata, "Bangun dan tunaikan solat." Maka baginda menunaikan solat Subuh ketika waktu fajar merekah  (menjelang)."
[ Hadith riwayat Ahmad, Nasa'i & Tirmizi ]



Sekian sahaja Santapan rOhani untuk kita malam ni....~ 



Terima kasih buat yang sudi singgah dan membacanya... ~ 




IlalliQa' semua....~


Wassalam... 

(^^,)v
** InsyAllah.... dalam dOaku & pengharapanku.... agar "Dia" juga senantiasa memelihara & memperteguhkan "Tiang Agamanya"...~ =)


FADHILAT AL- KAHFI DI SAYYIDUL AYYAM


Salam Mahabbah wa Rahmah buat semua... !! 
Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam...~ 
(^_^')



Okay, hari ni Miss nak share dengan you all....>>


"Fadhilat (kelebihan) Suratul Kahfi"








Sesungguhnya.....
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari..... :)




Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :


 "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah taala. Ia adalah dari yang lebih besar daripada Hari Raya AidilFitri.'' 

Pada hari itu telah terjadi 5 perkara iaitu :


1. Penciptaan Nabi Adam a.s.

2. Pada hari tersebut juga Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari Syurga.

3. Juga merupakan hari kewafatan Nabi Adam a.s.

4. Dan pada hari itu juga terdapat satu masa dimana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.

5. Pada hari Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun Malaikat Muqarrabun pun disisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat."


[ Hadith Riwayat Ibnu Majah & Al- BaihaQi ]




Menurut Imam Sayuti pula :


1. Semua roh roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul.

2. Mayat mayat akan terselamat dari seksaan kubur.

3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya, maka ia akan selamat dari seksaan kubur.

4. Api neraka tidak menyala.

5. Semua penduduk Syurga kan menziarahi Allah taala.




Subhanallah.... AllahuAkbar.... 
begitu bermakna sekali Sayyidul Ayyam ini..... :)



Begitu juga dengan kelebihan yang ingin Miss kongsikan hari ini... 

Iaitu, di hari Jumaat ini jugalah... kita disarankan untuk membaca Surah Al- Kahfi...


Antara kelebihan membaca Surah AlKahfi pada hari Jumaat ialah...


Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah Al- Masihid Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.



Berikut Miss sertakan beberapa hadith mengenai kebaikan & fadhilat bagi 
Surah Al- Kahfi :


Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW , baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al-Kahfi maka, terhindar daripada Ad-Dajjal."

[ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, An Nasai', At Tirmizi daripada Qatadah ]



Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dari surah Al- Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit & bumi."

[ Hadith Riwayat Ahmad ]



Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al- Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari Kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."

[ Hadith Riwayat Ibnu Katsir ]



Rugi.... terlalu rugi jika dilepaskan begitu sahaja kesemua fadhilat ini....


Apa tunggu lagi teman teman.... ??


Ayuh, semua... !!

(^_~)









Haza faQat minni... Wallahu taala 'alam...~

IlalliQa'... !!

 May Mardhatillah always with us.. InsyAllah.... !! 

Wassalam..~




**Peace, with IMAANN...~** (^^,)v


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...