Aku Tak Pernah Berasa Takut & Pelik Bila Orang Yang 50 Tahun Melakukan Maksiat Akan Berubah Dengan Sendirinya Dalam Tempoh Sehari,
Akan Tetapi Aku Akan Berasa Terpaku & Gementar Apabila Orang Yang 50 Tahun Melakukan Ibadah Tetapi Boleh Berubah Dalam Tempoh Sehari Untuk Melakukan Maksiat .
Justeru Itu Aku Mengingatkan Diriku Sendiri & Kepada Saudaraku Yang Ingin Memikirkan,
Janganlah Kita Terus Menjatuhkan Hukuman Ke Atas Seseorang Tanpa Mengenali Dirinya Terlebih Dahulu. Akan Tetapi Bagaimana Kamu Nak Mengenali Diri Orang Lain,
Sedangkan Diri Kamu Pun Kamu Tak Kenal..?
Kamu Kata Kamu Suka Berdakwah & Mengikuti Sunnah Rasulullah ,
Tetapi Adakah Kamu Mengikutinya..?
Kamu Rajin Berkongsi Kata Kata Hikmah
Akan Tetapi Adakah Kamu Faham Apa Itu Maksud Kata Hikmah..?
Kamu Hari Hari Solat Tetapi Kamu Tak Faham Mengapa Kamu Solat !!!
Kamu Memang Hebat Mengaji al-Quran Dengan Bertaranum Baihaqi Tetapi Apakah Kamu Menghayati Makna Di Sebalik Bacaan Kamu Itu..?
Mengapa Aku Berkata Begitu ??
Aku Berkata Begitu Kerana Aku Juga Sebahagian Daripada Kamu .
Inilah Cabaran Umat ISLAM .
Semakin Tinggi ILMU Seseorang Semakin Tinggi Ujian Yang Diberikan Oleh ILLAHI ...
Apa Maknanya Kamu Memperjuangkan Agama ISLAM
Tetapi Tanpa Sedar Kamu Telah Mengorbankan Jiwa & Perasaan Orang Lain..?
Kamu Terlupa ....Kamu Hampir Memutuskan Tali Allah !!!
Akhir Kata Marilah Kita Sama Sama Mengingatkan Diri Kita Agar Sentiasa Berdoa & Meminta Supaya Allah SWT Tidak Mertebalikkan Kita Setelah Hidayah Yang Diberikannya ...
Jika Ada Tersilap Bicara , Aku Minta Maaf..
Segala Yang Baik Itu Hadir Dari Nya Manakala Segala Yang Buruk Itu Datang Dari Kekhilafan Ku Sendiri.
"Sejauh mana sudah kita mengorak langkah ... Seindah mana kita melakar kehidupan ... Sesungguh apa kita bermujahadah ... Setekad apa kita memburu Jannah impian ...???"
No comments:
Post a Comment