Ayuh , Amalkan Doa Pelindung Ni ..!
Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ..!
Ayuh , sama sama kita jadikan amalan
dOa pelindung ini , atau juga dinamakan sebagai :
Doa Pelindung Abu Darda' ... :)
Berikut hadith yang mengisahkan dOa ini ... ;)
Talha r.a. meriwayatkan : " Seorang telah datang kepada Abu Darda' r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar . Abu Darda' menjawab : " Tidak , rumah saya tida terbakar . "
Kemudian datang seorang lagi dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar . Kemudian , ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda' r.a. tetap memberi jawapan yang sama .
Pada kali yang keempat , seorang datang dan memberitahu Abu Darda' r.a. : " Wahai Abu Darda' r.a. Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan , api telah padam . "
Abu Darda' menjawab : " Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya . Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang . ( Saya telah membaca kalimah kalimah ini selepas Subuh ). Oleh itu , saya yakin rumah saya tidak akan terbakar .
<<<< Doa nya seperti yang tertera di bawah >>>>
Yang bermaksud :
" Ya Allah , hanya Engkau Tuhanku , tiada Tuhan melainkan Engkau , hanya kepada Mu maka aku berserah dan Engkaulah Tuhan ( yang menguasai ) Arasy yang mulia . Apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku dan apa yang Allah tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku . Tiada daya untuk menjauhi maksiat dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung . Aku yakin bahawasanya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah Maha Meliputi ilmu Nya ke atas setiap sesuatu . Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan segala nafsuku ( diriku ) dan daripada kejahatan segala makhluk yang melata , hanya Engkau yang memegang ( menguasai ) ubun ubunnya ( dirinya ) sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus . "
** Untuk makluman semua , doa ini juga boleh dibaca & diamalkan ketika kita hendak keluar rumah ...
In Shaa Allah , perjalanan dan diri kita khususnya dalam ' jagaan ' Nya , Yang Maha Memberi Perlindungan ... ~ (^__^')
** nOted !
Doa ini juga boleh didapati dari MANZIL ... Sebaiknya diamalkan selepas Subuh & Asar ... Sebagaimana amalan Ma'thurat juga ..
Wallahu'alam ...
IlalliQa' ... :)
** Peace , with IIMAANN ..... ~ **
(✿◠‿◠)
2 comments:
nice sharing :) tenkiesss ^^
nice sharing=) jom kite amalkn
Post a Comment