Kerana Aku Juga Mahu Apa Yang Kau Mahu ...






Assalamualaikumwarahmatullah wabarakaatuh ...
Salam Mahabbah & Salam Ramadhan to all readers .. ! :)





Mengerti akan sebuah pengertian ... tidak mudah ... 
Memahami akan sesuatu pemahaman ... juga tidak mudah ...

Sungguh , tidak mudah ...

Siapa yang tidak ingin dirinya dimengerti ? Siapa yang tidak mahu hatinya difahami ?

Andai mahukan pengertian , agar difahami ... harus juga memberikan perkara yang serupa kepada yang diharap untuk memahami ...

Alhamdulillah , syukur ... sekiranya sama sama beroleh rentak yang senada & seiring ... atau , dalam erti kata lain ... 

Tahniah ..! Kamu difahami .. kamu dimengerti ... 

Bagaimana pula bagi yang hanya memberi pengertian , namun tidak beroleh perkara yang sama ??

Usaha untuk memahami & menghargai ... namun tidak dipeduli ... hanya dipandang sepi ... bagai tiada erti ...

Bukanlah tidak ikhlas dalam memberi sekiranya mengharapkan balasan yang sama ... 
Bukan jua mengharap yang melebih lebih dari apa yang diberi ...

Apa yang diharapkan cuma , cubalah untuk mengerti dan memahami jua hati dan diri yang mengharap untuk kau mengerti seperti mana kau sendiri mengharapkan agar hati dan dirimu difahami dan dimengerti ... 

Setiap insan pasti punya cara dan rentak bagi kehidupannnya ... 

Namun , jangan kerana hanya kau yang ingin difahami akan rentak hidupmu, akhirnya kau mengabaikan diri yang juga berharap agar difahami akan keinginan hatinya ...

Salahkah hati & diri yang ingin sekali dimengerti ? 

Walau yang ada hanya secebis ruang , hanya sedetik waktu , tidak mengapa ... 
Asal , kau tahu ... setiap orang pasti ingin merasa dirinya bererti dan dimengerti ...
Apa kemahuannya .. apa yang ada di dalam hatinya ... 
Kerana ,

Takkan mampu kau teroka apa yang tersimpan ...
Takkan bisa kau menduga apa yang terpendam ... 



" Perhatian & masa ..."

Ya , dua perkara inilah yang diperlukan ... 

Untuk mengerti , kau perlukan masa ... Masa untuk diluangkan ...
Untuk memahami , kau perlukan perhatian ... Perhatian yang tidak semestinya setiap saat didambakan ... 

Tidak juga hanya bermakna antara aku & kau ... mahupun , dia & kamu ... tetapi , antara sesama kita semua.. 

Kita tidak hidup sendiri di dunia ini ... 
Indeed ,

 without "U" ...  "I" wouldn't be here ... same goes with , "I" wouldn't be here without "U" ...

Demikian itu , 

Cubalah memberi apa yang kau terima ...
Cubalah menghargai apa yang kau ada ...

Kerana , andai apa yang diterima dan apa yang kau ada tidak lagi memberi mahupun masih mampu untuk terus teguh berdiri ...

Di saat itu , jangan kau sesali sekiranya dia berganjak pergi ... 
Kerana , merasakan dirinya tidak dihargai & diperlukan lagi ...





Sementelah , apa yang kau miliki ... tiada yang abadi ... apatah lagi jika kau tidak memaknakan keberadaanya sepanjang masa kau milikinya ... 






"Aku juga mahu , apa yang kau mahu ..."



Secubit rasa ,

3 comments:

Greenleaf : Born For Beauty said...

salamualayk, perkongsian yang baik. =)

kunjung balas ke sini ya. syukran.

http://ibn-khayr.blogspot.com/

TRAVELOG ATEH said...

tak semua orng akan memahami kita tapi untk buat orng faham kita kene cuba memahami mereka.

Cik Fie said...

betul tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...