❀◕ ‿ ◕❀ PENGHARGAAN.... ❀◕ ‿ ◕❀







"Memberi ucapan terima kasih, kata kata pujian dan rangsangan dengan ikhlas juga merupakan salah satu cara untuk memberi penghargaan."




9 Cara Memberi Penghargaan kepada Ibu Bapa



~ Hormatilah mereka.

~ Selalulah menelefon @ SMS apabila berjauhan.

~ Jangan lupa kirimkan wang, walaupun sedikit.
(if kOrang dah keje lah...^^)

~ Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan apa apa masalah.

~ Pulang apabila mereka sakit @ ziarahilah mereka samada di hospital ataupun di mana saja.

~ Setiap kali bertemu @ setiap kali selesai solat jemaah bersama, 
cium tangan ibu bapa, peluk & cium kedua dua pipi serta dahi nya.

~ Apabila anda sudah berkeluarga, selalulah pulang ke 
kampung kerana kebiasaannya ibu bapa kita pasti rindukan cucu cucu mereka.

~ Gembirakanlah hati mereka.

Yang UTAMA!!!! 

~ Doakanlah kebahagiaan & kesejahteraan mereka.




#Mari bersama kita menyingkap makna di sebalik Kalam Ilahi mengenai tuntutan menghormati & mengasihi ibu bapa.....>>>





"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi ornag orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
[ Surah Ibrahim : 41 ]


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." 
[ An- Nisa' 4 : 36 ]


Katakanlah : "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa." 
[ Al - An'aam 6 : 151 ] 


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada- Nya semata mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa."
[ Al - Isra' 17 : 23 ] 



Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda : 



"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
[At- Tirmizi]


"Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya : "Saya telah bertanya kepada Nabi SAW: " Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? " Baginda menjawab : " Solat pada waktunya. " Beliau bertanya lagi : " Kemudian amalan manakah pula?" Baginda menjawab : "Kemudian, berbakti kepada ibubapa. " Beliau bertanya lagi : "Kemudian amalan manakah pula? " baginda menjaawab: " Berjihad di jalan Allah." Beliau berkata lagi : " Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya." 
[ Hadis Riwayat Bukhari ]

Dari Malik bin Rabi'ah as Sa'idi r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya : "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tua setelah keduanya meninggal dunia?" Baginda SAW menjawab: "Ya, masih ada. Iaiti mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mengeratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya."
Riwayat Abu Daud ]





**Tidak lengkap Iman Kita Tanpa Menyayangi, Mengasihi & Menghormati Kedua Ibu Bapa Kita....^^











7 Cara Memberi Penghargaan kepada Anak



~ Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak.

~ Rangsang anak anak untuk berbuat baik.

~ Berikan hadiah atas kejayaan anak anak walaupun hanya kejayaan yang kecil.

~ Selalu berikan pelukan & ciuman.

~ Sekali sekala berikan pujian kepada anak di hadapan orang lain.
(jangan kerap sangat, nanti anak terdidik dengan sifat 'ujub pula... wana'uzubillah...~)

~ Hadirkan diri dalam acara, pertandingan, atau peraduan yang disertai oleh anak anda.
(like my parents, they came to my final debate 2009 at Kulliah ...and ternyata, dgn kehadiran mereka Miss sangat2 bersemangat dan berjaya dinobat sebagai "Pendebat Terbaik" sekali gus menjuarai pertandingan debat tersebut !! weeee^^ Alhamdulillah.....~ )

~ Jangan teragak agak menegur anak yang melakukan kesilapan. Ini bukan untuk kebaikan 
kita sahaja tetapi juga demi kebaikan diri mereka sendiri.









13 Cara Memberi Penghargaan kepada Isteri



~ Ingati tarikh tarikh penting seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan.

Ingati tarikh kelahiran anak anak.

Bantu isteri melakukan kerja kerja rumah seperti memasak, 
membasuh, dan menjaga anak.

Ucapkan kata kata cinta sebelum tidur.

Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri.

Membina hubungan yang baik dengan keluarga isteri.

Ucapkan terima kasih apabila bersama.






Selalu memberikan kejutan kejutan yang menggembirakan.

Selalu berpenampilan segak kerana jika suami kacak, orang akan memuji isteri. 
( bukan lah dahagakan pujian orang tapi, demi menghargai penjagaan & perhatian isteri^^ )

Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap.

Panggil isteri dengan panggilan yang manja.

Puji isteri dihadapan anak anak dan keluarga. 

Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan zuriat anda. 









15 Cara Memberi Penghargaan kepada Suami



Selalu memberikan senyuman.

Berhias dihadapan suami.

Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada suami.

Masak masakan kegemaran suami.

Minta pandangan suami jika ada masalah, atau sebarang kemusykilan sebagai contoh dalam membuat sebarang keputusan. 

Menjaga maruah suami.

Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain.

Berikan hadiah hari lahir nya.

Pandai mengambil hati suami.

Selalu memberikan sokongan apabila suami mengahadapi masalah.

Membina hubungan yang baik dengan keluarga suami.

Minta izin suami sebelum membuat sesuatu perkara.

Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

Mencium tangan suami setiap kali bertemu dan berpisah atau selepas solat berjemaah. 
( Subhanallah....ni baru betul comey & sweet!! ^^ )











" Kita punya perasaan, Dia juga punya perasaan. Kita punya hati, Dia juga punya hati. Kita punya tanggungjawab, Dia juga punya tanggungjawab. Jadi, persoalannya apa?? Saling MENGHARGAI. 

Saling menghargai harus bermula dengan menghargai diri sendiri. Sama sekali tidak akan rugi jika menghargai diri sendiri juga......~"





Sekian sahaja perkongsian kali ini....


IlalliQa'... Biiznillah, InsyAllah....~ 


Wassalam....^^





**Peace, with IMAAANN....~** (^^,)v 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...