FADHILAT AL- KAHFI DI SAYYIDUL AYYAM


Salam Mahabbah wa Rahmah buat semua... !! 
Salam Jumaat, Salam Sayyidul Ayyam...~ 
(^_^')



Okay, hari ni Miss nak share dengan you all....>>


"Fadhilat (kelebihan) Suratul Kahfi"








Sesungguhnya.....
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari..... :)




Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :


 "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah taala. Ia adalah dari yang lebih besar daripada Hari Raya AidilFitri.'' 

Pada hari itu telah terjadi 5 perkara iaitu :


1. Penciptaan Nabi Adam a.s.

2. Pada hari tersebut juga Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari Syurga.

3. Juga merupakan hari kewafatan Nabi Adam a.s.

4. Dan pada hari itu juga terdapat satu masa dimana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.

5. Pada hari Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun Malaikat Muqarrabun pun disisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat."


[ Hadith Riwayat Ibnu Majah & Al- BaihaQi ]




Menurut Imam Sayuti pula :


1. Semua roh roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul.

2. Mayat mayat akan terselamat dari seksaan kubur.

3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya, maka ia akan selamat dari seksaan kubur.

4. Api neraka tidak menyala.

5. Semua penduduk Syurga kan menziarahi Allah taala.




Subhanallah.... AllahuAkbar.... 
begitu bermakna sekali Sayyidul Ayyam ini..... :)



Begitu juga dengan kelebihan yang ingin Miss kongsikan hari ini... 

Iaitu, di hari Jumaat ini jugalah... kita disarankan untuk membaca Surah Al- Kahfi...


Antara kelebihan membaca Surah AlKahfi pada hari Jumaat ialah...


Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah Al- Masihid Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.



Berikut Miss sertakan beberapa hadith mengenai kebaikan & fadhilat bagi 
Surah Al- Kahfi :


Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW , baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al-Kahfi maka, terhindar daripada Ad-Dajjal."

[ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, An Nasai', At Tirmizi daripada Qatadah ]



Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dari surah Al- Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit & bumi."

[ Hadith Riwayat Ahmad ]



Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al- Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari Kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."

[ Hadith Riwayat Ibnu Katsir ]



Rugi.... terlalu rugi jika dilepaskan begitu sahaja kesemua fadhilat ini....


Apa tunggu lagi teman teman.... ??


Ayuh, semua... !!

(^_~)









Haza faQat minni... Wallahu taala 'alam...~

IlalliQa'... !!

 May Mardhatillah always with us.. InsyAllah.... !! 

Wassalam..~




**Peace, with IMAANN...~** (^^,)v


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...