Salam Mahabbah wa Rahmah semua....~
Selamat malam a.k.a pagi buta juge...^^
Sedikit perkOngsian untuk malam ni.....
(^_^)
"Sesungguhnya, Solat itu tiang agama.... ~"
Jika diumpamakan sebuah bangunan yang tiang nya goyah...pasti akan runtuh jua akhirnya...
Begitu juga... mana mungkin sebuah bangunan bisa terbina.. andai tiada tiang sebagai asas binaannya...
Seperti juga manusia... jika tidak dipertahankan asas binaan dirinya, maka dengan mudahnya akan runtuh segala keutuhan diri...
Bagi lelaki.... tidak pernah wujud istilah
"BOLEH MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA..."
melainkan atas sebab kemudharatan... itupun Islam sudah menetapkan dengan "rukhsah rukhsah" tertentu..
Di zaman millenium yang serba moden dan canggih ini...
Semakin terasa sukar untuk menjejak insan bernama LELAKI...
yang benar benar menjaga "Tiang" agamanya....
Lelaki, pabila mula melangkah ke alam membina keluarga sendiri... sudah tentu dalam sekelip mata
tergalas dibahu mereka satu tanggungjawab & amanah yang sangat besar...
Iaitu, sebagai ketua keluarga yakni IMAM, kepada isteri juga anak anak ..
"Untuk membentuk yang terbaik... haruslah bermula dari diri yang baik..."
Ini adalah perkara yang teranat penting & WAJIB dititik beratkan oleh mereka SEBELUM memulakan frasa hidup baru...
Bak kata Ustaz Azhar Idrus >>>
"Lelaki yang tidak solat, tidak layak dibuat menantu..."
Miss setuju dengan kenyataan dari Ustaz ni... sangat benar & tepat..!
"Lebih baik berbangga dengan keredhaan ukhrawi dari berbangga dengan kekayaan & kemegahan duniawi"
Setakat bermegah dengan pangkat & kedudukan yang hanya ada di dunia .. buat apa kan??
Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan sejak dari mula...
yakni sejak dari awal kedewasaan anak anak...
Islam sendiri mengajar supaya mulakan mendidik anak anak menunaikan solat fardhu
seawal umur 7tahun...
Ibu bapa dari keluarga perempuan juga harus menitikberatkan perkara ni...
Dengan siapa si anak bakal disatukan...
Ketepikan urusan duniawi sebentar... dan lihatlah kepentingan ukhrawi yang terbentang...
Utamakan pandangan Allah taala dari pandangan manusia yang hanya pandai menilai dari mata kasar...
"Lebih baik kita buat apa yang Allah suka daripada buat apa yang Allah murka..."
Disini Miss juga nak selitkan beberapa firman Allah taala tentang kewajipan menunaikan SOLAT...
Bukan hanya untuk perhatian kaum Adam sahaja... bahkan SELURUH umat Islam...!
:)
|
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
[ Al-BaQarah : 43 ]
|
|
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[ Al- BaQarah : 45 ]
|
|
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan
[ Al-BaQarah : 110 ]
|
Dari Hadith pula... Rasulullah SAW pernah bersabda... >>>
Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Nabi SW didatangi oleh Jibril a.s dan berkata kepadanya, "Bangunlah dan tunaikan solat." Maka baginda menunaikan solat Zuhur ketika matahari tegelincir. Kemudian waktu Asar menjelang dan Jibril berkata, "Bangun dan lakukan solat." Maka baginda SAW menunaikan soalt Asar ketika panjang bayangan segala bende sama dengan bende itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, "Bangun dan tunaikan solat." Maka baginda SAW menunaikan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya' menjelang dan Jibril berkata, : "Bangun dan tunaikan solat." Maka baginda SAW menunaikan solat Isya' ketika sayafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Subuh menjelang dan Jibril berkata, "Bangun dan tunaikan solat." Maka baginda menunaikan solat Subuh ketika waktu fajar merekah (menjelang)."
[ Hadith riwayat Ahmad, Nasa'i & Tirmizi ]
Sekian sahaja Santapan rOhani untuk kita malam ni....~
Terima kasih buat yang sudi singgah dan membacanya... ~
IlalliQa' semua....~
Wassalam...
(^^,)v
** InsyAllah.... dalam dOaku & pengharapanku.... agar "Dia" juga senantiasa memelihara & memperteguhkan "Tiang Agamanya"...~ =)
2 comments:
setuju.... follow back here :)
@Khairul Zamri TQVM... !! :)
Post a Comment