!! AYUH , PELIHARA HATI & LIDAH !!







Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... !

(◕‿◕✿)


Insya Allah , kali ni Miss nak share dgn korang semua , 
satu dOa yang sangat sangat di alu alukan utk kita 
beramal dengannya ... 


Biiznillah ... ~ :)






DOA MEMOHON HATI YANG BERSIH



،اللهم إني أعوذبك من العجز والكسل، والجبن والبخل، والهرم وعذاب القبر 
. اللهم آت نفسي تقواها 
وزكها أنت خير من زكها، أنت وليها ومولاها 
اللهم إني أعوذبك من علم لا ينفع، ومن قلب لايخشع
.ومن نفس لا تشبع، ومن دعوة لا يستجاب لها 


" Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi wal kasal , wal junbi wal bukhli , 
wal harami , wa 'azaabil qabri . 
Allahumma aati nafsi taqwaaha , wa zakkiha anta khairum man zakkaaha , 
anta waliyyuha wa maulaaha .
Allahumma inni a'uzubika min 'ilmin laa yanfa' , wa qalbi laa yakhsya' , 
wa min nafsin laa tashba' , 
wa min da'watin yustajaabu laha "


Ertinya : " ya Allah , sesungguhnya kami memohon perlindungan - Mu daripada kelemahan,
kemalasan , sifat pengecut , kedekut , nyanyuk dan azab kubur .
ya Allah , berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia , kerana Engkaulah sebaik 
baik Tuhan yang menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya . ya Allah , aku memohon 
perlindungan - Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat , hati yang tidak khusyuk ,
nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dimakbulkan . "



|| HATI YANG BERSIH ||


Hati , iaitu segumpal darah , tanpa sebarang tulang , saraf , mahupun sendi sebagai sokongan .
Namun , bisa menguasai seluruh jasad , lebih lagi akal seseorang .

Hati juga merupakan 'raja' dalam diri . Sangat memberi 'inspirasi' & rangsangan kepada 
setiap tindakan & perlakuan kita .


Menurut Tafsir al Quran al 'Azim , ketika mentafsirkan surah Luqman , 
Imam Ibn Kathir
ada membicarakan tentang satu kisah Luqman .


Kisahnya , Luqman membawa hati & lidah kambing yang disembelih kepada tuannya , 
dari bahagian yang paling baik . 


Kemudian , sekali lagi beliau diminta untuk menyembelih & memilih bahagian anggota yang 
paling buruk . Lalu , Luqman masih tetap memilih bahagian hati & lidah seperti mana 
yang dibawa oleh beliau sebelumnya . 


Tuannya yang kehairanan bertanya , mengapakah anggota yang sama juga dibawa ... ??


Luqman pun menjawab , 

" Hati merupakan raja yang bertindak menentukan kedudukan seseorang . 
Jika baik hatinya , maka baiklah lidahnya dan bahagialah seseorang itu . 
Namun sebaliknya , jika hati bermasalah , maka lidah akan bertindak membalikkan 
imej yang buruk tentang diri . "

Jelaslah disini , bahawa akhlak yang terpuji , lahirnya dari hati yang bersih . 
Buruk akhlak nya , maka buruk jualah hatinya . 


Indah lisannya , kerana indah hatinya . 
Buruk kalamnya , jua kerana jelik hatinya . 


Imam Ibn al - Qayyim al - Jauziyah menjelaskan bahawa , 
Ibn Abbas berkata ,
hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara perkara atau amalan amalan yang soleh .


Perara kebaikan yang kita lakukan akan menyebabkan muka bercahaya , 
hati pula dikurniakan ' nur ' , kesihatan tubuh badan , rezeki yang luas dan menyebabkan
dikasihi orang lain . 


Sebaliknya kerja kerja atau amalan amalan yang buruk atau jahat yang 
dilakukan , pasti akan mengakibatkan muka hilang serinya , hati pula diselubungi noda , 
badan menjadi lemah , rezeki menjadi sempit dan dibenci oleh sesama manusia . 

Justeru itu , marilah sama sama kita untuk mengambil langkah langkah proaktif 
untuk membaiki hati , dengan memperbanyakkan amalan amalan soleh termasuk 
istighfar , solat sunat Taubat dan membaca , yakni mengamalkan doa ini . 


Insya Allah , hati yang bersih mampu untuk kita perolehi ... :)


" Setiap tindak tanduk perbuatan , bermula dari hati. Maka , peliharalah 
hati agar sentiasa bertindak hanya di landasan keimanan ... "




# MUHASABAH HATI , PERMANTAPKAN IMAN !! # 


# BERSAMA GIGIH, MENUJU MARDHATILLAH !! #




~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~ 





** Rujukan : 101 DOA daripada HADIS HADIS SAHIH
** Peace , with IMAANN ... ~ ** 

(✿◠‿◠) 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...