|| SYARAT MASUK SYURGA ||







Salam Mahabbah wa Rahmah to all readers ... ~


Insya Allah , kali ni Miss nak share dengan semua , huraian & inti sari 
dari salah satu Hadith 40 , Imam Nawawi ...



Untuk perkongsian ini , Miss nak ketengahkan perihal ,


|| SYARAT MASUK SYURGA ||



Apakah syarat syarat nya ??


Ayuh , kita sama sama hayati & fahami Hadith ini ....


Diriwayatkan oleh Abi Abdullah Jabir bin Abdullah al - Ansari r.a., bahawa 
seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW , katanya (maknanya) :


" Bagaimana pendapatmu jika saya melakukan solat fardhu , berpuasa pada bulan Ramadhan ,
menghalalkan yang halal , dan mengharamkan yang haram , serta tidak menambah selain itu sedikit pun ,
adakah saya masuk syurga ? " Nabi SAW menjawab : " Ya ! "

[ Riwayat Ahmad & Muslim , no . 15 ]


Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW tersebut ialah , 
Nukman bin Qauqal .


Apa yang dimaksudkan dengan ,
" mengharamkan yang haram" & " menghalalkan yang halal " ???


>>> " Mengharamkan yang haram " , bererti , " meninggalkan " atau " menjauhikan " 
diri daripada perkara perkara yang nyata tentang keharamannya .


>>> " Menghalalkan yang halal " pula bererti , "melaksanakan" sesuatu amalan dengan 
penuh keyakinan akan kehalalannya . 


Begitu pula dengan pernyataan dari pengarang kitab al - Mufhim , bahawasanya 
Nabi SAW secara umum , tidak mengatakan dalam hadith ini sesuatu yang bersifat 
tathawwu' , yakni Sunnah . 



Hal ini menunjukkan bahawa secara UMUM nya , boleh meninggalkan yang 
Sunnah . 


Oleh itu , kita sebagai umat Islam hendaklah bersungguh sungguh mengamalkan ajaran asas 
agama Islam seperti solat , berpuasa , menunaikan zakat dan menunaikan ibadah haji .


Namun begitu , melakukan atau beramal dengan amalan Sunnah akan menambah 
kesempurnaan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah . 



 TIGA KATEGORI ORANG YANG MENINGGALKAN AMALAN SUNNAH 


1. Orang yang meninggalkan Sunnah , dan tidak mahu melakukannya sedikit pun .
Maka dia tidak memperoleh keuntungan yang besar dan paha yang banyak .


2. Orang yang terus menerus meninggalakn hal hal yang Sunnah . Maka dia telah berkurang
agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhannya dalam beragama .


3. Orang yang meninggalkan Sunnah , kerana sikap meremehkannya .
Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela . 



Wallahu'alam .... ~






Aiwah , haza faQat minni ....


Till then , ilalliQa ' ....


Wassalam .... ~




# BERSAMA MEMBURU MARDHATILLAH !! #





~ Aku , Sang Pengemis Mardhatillah ~





# Sumber Rujukan : HADIS 40 IMAM NAWAWI 
# Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria 






** Peace, with IMAANN ... ~ ** 

(✿◠‿◠)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...