KEUTAMAAN BAGI ORANG YANG SENTIASA ZIKRULLAH
Salam Mahabbah wa Rahmah ...
Salam Jumaat Mubarakah ...
Salam Sayyidul Ayyam ...
Alhamdulillah ...
Masih dikurniakan nikmat Islam & Iman ...
Alhamdulillah juga ... Sayyidul Ayyam di 1 Februari ..
Dalam tak sedar, Januari sudah berlalu merangkak pergi ...
(^__^')
Kali ni Miss nak kongsikan sedikit santapan buat rohani kita semua ...
InsyAllah ...
" KEUTAMAAN BAGI ORANG YANG SENTIASA ZIKRULLAH
( MENGINGATI ALLAH ) "
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam
Surah Aali - 'Imran : 189 - 191
Ertinya :
" Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, terdapat tanda tanda bagi orang orang yang berakal. Iaitu orang orang yang selalu mengingati Allah sambil berdiri, duduk dalam keadaan berbaring dan mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata : ya, Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka "
Zikir atau mengingati Allah adalah nama perbuatan yang amat penting dan besar pahalanya sebagaimana yang di sabdakan Rasulullah SAW :
" Sukakah ku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang lebih baik bagimu, lebih bersih disisi Tuhanmu, lebih meninggikan darjatmu, dan lebih baik bagimu daripada mendermakan emas atau perak, dan lebih baik daripada menghalang musuh hingga kamu dapat ; membunuh mereka dan mereka pun membunuh mu ?" Jawab para sahabat : " Baiklah ya Rasulullah ! Nabi SAW bersabda : " Iaitu zikir atau mengingati Allah ".
Nabi SAW juga pernah bersabda yang ertinya : Sesungguhnya zikir kepada Allah itu lebih baik dari memainkan pedang dalam perang Sabilillah .
Oleh itu teman teman ... daripada kita biarkan fikiran, hati & jiwa kita dengan segala macam perkara yang mendatangkan sifar manfaat ...
Lebih baik, kita didik & bimbing hati & jiwa kita supaya senantiasa
mengingati hanya kepada Yang Esa ...
InsyAllah ... ketenangan itu milik kita ... ^^,v
Sekian sahaja untuk kali ini ...
IlalliQa ' ...
✿ Bersama memburu Mardhatillah ... !! ✿
Wassalam ...
** Peace, with IMAANN ...~ **
(◠‿◠✿)
2 comments:
terima kasih ^_^
Info yg berguna..InsyaAllah..mari sama-sama kita amalkan..
zikir kpd allah boleh mendapat ketenangan jiwa hambanya..zikir juga dpt membendung diri dr melakukan kejahatan
Post a Comment